Course Synopsis – Undergraduate Programmes



Course Synopsis

– Bachelor of Applied Science (Fisheries)

– Bachelor of Science in Agrotechnology (Aquaculture)

FIS 3001 : SAINS PERIKANAN II
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang perikanan secara menyeluruh merangkumi perikanan tangkap dan akuakultur. Kursus ini juga membincangkan tentang kepelbagaian sumber perikanan dan habitat, kaedah dan peralatan tangkapan ikan, serta prinsip, sistem, dan kaedah ternakan ikan. Ianya juga akan menekankan mengenai kaedah pengurusan perikanan terbaik yang diamalkan, serta kepentingan peraturan dan undang undang perikanan. Isu-isu terkini serta permasalahan tentang perikanan dan persekitarannya akan turut dibincangkan.

FIS3106 : MIKROBIOLOGI PERSEKITARAN AKUATIK
Jam Kredit : 3 (2+1)


Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan asas mikrobiologi dalam ekosistem akuatik dan kepentingannya kepada manusia dan alam sekitar. Ia membincangkan skop dan sejarah mikrobiologi, serta penggunaan mikroskop dalam pemerhatian kepelbagaian struktur dan fungsi sel. Kursus ini juga memberi fokus terhadap mikroorganisma di dalam persekitaran akuatik, interaksi di antara mikroorganisma dan hidupan akuatik, penyakit bawaan air dan kaedah pengawalan mikroorganisma menggunakan agen-agen kimia dan fizikal serta rawatan air sisa. Kaedah pengkulturan dan pengasingan mikroorganisma menggunakan teknik aseptik di makmal juga ditekankan. Pada hujung kursus ini, pelajar akan dapat menghubungkaitkan kepelbagaian, kepentingan dan interaksi mikroorganisma akuatik dengan hidupan dan persekitaran akuatik selain berupaya melakukan teknik-teknik asas mikrobiologi secara betul termasuk penyediaan laporan hasil kajian mikrob akuatik dengan tepat.

FIS 3401 : BOTANI AKUATIK
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Pengenalan persekitaran akuatik. Taksonomi tumbuh-tumbuhan akuatik. Taksonomi alga (mikroalga dan makroalga), makrofit air tawar dan angiosperma marin (rumput laut dan bakau). Komuniti-komuniti alga, makrofit air tawar dan angiosperma marin dan ciri-ciri persekitarannya. Penggunaan dan kepentingan ekonomi alga, makrofit air tawar dan angiosperma marin.

FIS 3104 : BIOLOGI INVERTEBRAT AKUATIK II
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Kursus ini akan memperkenalkan kesemua kumpulan dan spesis invertebrat akuatik penting yang banyak didapati dalam ekosistem marin. Ia akan memperbincangkan ciri utama Filum, struktur luaran dan dalaman, fungsi serta peranan setiap struktur tersebut dalam mempengaruhi corak perkembangan hidup invertebrat akuatik. Penjelasan juga akan dititikberatkan pada kesemua sistem fisiologi utama badan terutama sistem pemakanan dan pembiakan. Kepentingan ekologi dan ekonomi spesis dan Filum juga akan turut diperbincangkan.

FIS 3204 : EKOLOGI AKUATIK
Jam Kredit : 4 (3+1)


Prinsip dan konsep ekologi mengenai ekosistem: aliran tenaga, produktiviti, struktur rantaian/jaringan makanan dan aras trofik; kitaran biogeokimia; susunan dan struktur komuniti; populasi; spesies dan individu dalam ekosistem. Strategi perkembangan: konsep sesaran dan klimaks. Ekologi habitat, pencemaran dan kestabilan ekosistem.

FIS 4501 : TEKNOLOGI ALATAN PERIKANAN
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Pengenalan kepada hidrodinamik alatan menangkap ikan. Pembuatan model dan pengujian alatan menangkap ikan. Penetepan kuasa kuda dengan alatan menunda. Teori model untuk menentukan daya yang bertindak ke atas pukat. Pengesuaian model kepada alatan besar yang lain seperti pukat jerut, pukat tarik dan lain-lain. Analisis daya ke atas badan yang terikat dan bersauh. Kerja praktik termasuk membina dan menguji model pukat.

FIS 3102 : EKOFISIOLOGI ORGANISMA AKUATIK
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Bentuk perubahan-perubahan persekitaran dan kesan terhadap organisma akuatik. Proses-proses fisiologi pada peringkat sel dan organ-organ. Integrasi sistem fisiologi. Gerakbalas penyesuaian dan bukan penyesuaian organisma terhadap perubahan sekitaran (suhu, oksigen terlarut, saliniti, bahan kimia dan organisma akuatik yang lain) dan mekanisma fisiologi yang terlibat. Penggunaan keadaan fisiologi organisma akuatik sebagai penunjuk tekanan persekitaran.

FIS 3002 : BIOSTATISTIK PERIKANAN
Jam Kredit : 3 (2+1)


Kursus ini menerangkan tentang penggunaan statistik dalam reka bentuk eksperimen yang biasanya digunakan dalam bidang perikanan. Pelajar akan didedahkan kepada beberapa asas statistik seperti pengiraan purata, mod, medium, variasi, julat dan lain-lain menggunakan kalkulator dan juga komputer (Excel dan SPSS). Cara-cara persembahan data kajian juga akan diajar kepada pelajar-pelajar. Pelbagai ujian statistik yang penting seperti ujian bandingan t, ujian z, ANOVA, regresi dan korelasi juga akan didedahkan kepada pelajar. Pada akhir kursus ini, pelajar akan mengetahui penggunaan setiap ujian untuk reka bentuk yang berlainan dan mampu mengintepretasi hasil data masing-masing.

FIS3105 : IKTIOLOGI
Jam Kredit : 4 (3+1)


Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami anatomi ikan, konsep evolusi, taksonomi dan sistematik ikan. Pelajar diberi pengetahuan tentang zoogeografi dan ekologi ikan secara global. Kumpulan utama ikan di Malaysia dan nilai pemuliharaan juga dibincangkan. Pelajar didedahkan kepada kaedah persampelan, pengisihan dan penyimpanan spesimen. Pelajar berpeluang mengklasifikasikan sekumpulan ikan ke dalam aras taksonomi yang terendah. Pada akhir kursus ini, pelajar mampu mengenalpasti ikan melalui pemerhatian ciri-ciri morfologi ikan dengan bantuan kepustakaan.

FIS 3501 : TEKNIK EKSPLOITASI SUMBER AKUATIK II
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Konsep pemuliharaan dalam konteks eksploitasi. Pengkelasan alatan yang digunakan dalam ekploitasi sumber akuatik. Pengenalan mengenai kaedah operasi, rekabentuk dan pembinaan alatan. Faktor mempengaruhi kecekapan alatan dan operasi. Pembangunan masa depan kawasan sumber.

FIS 4703 : PEMPROSESAN PRODUK AKUATIK
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Pengenalan mengenai bentuk produk konvensional dan kontemporari. Undang-undang dan peraturan industri pemprosesan (Peraturan dan Undang-Undang WHO). Teknik pengendalian hasil sebelum pemprosesan dan jenis bahan pengawet yang dibenarkan. Teknik dan corak aliran pemprosesan untuk menambah nilai produk seperti kepingan bebola ikan, sosej ikan dan sebagainya. Pengawalan kualiti hasil. Kerja amali dijalankan.

FIS 3601 : DINAMIK POPULASI IKAN II
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Sejarah bagi teori dinamik populasi ikan. Undang-undang dasar bagi dinamik populasi. Prinsip biologi bagi matematik dinamik populasi ikan. Kaedah asas dan prinsip biologi bagi tujuan peramalan. Aliran perubahan dalam struktur populasi. Bekalan makanan dan perhubungan makanan ikan. Fekunditi, kualiti hasil seks dan proses peneluran. Tumbesaran dan kematangan seks. Jumlah serta kematian

FIS 4998 : PITA I
Jam Kredit : 2 (0 + 2)


Kursus ini akan diambil oleh pelajar tahun akhir untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk melaksanakan satu projek penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan perikanan. Dalam kursus ini, pelajar dikehendaki menyedia dan membentangkan kertas kerja berkenaan projek penyelidikan mereka. Kertas kerja tersebut akan dinilai dan projek tersebut akan dilaksanakan selepas pembentangan dilakukan.

MNS2201 : PRINSIP KEPELAUTAN DAN NAVIGASI
Jam Kredit : 3 (2+1)


Pengenalan kepada hirodinamik alatan menangkap ikan. Pembuatan model dan pengujian peralatan menangkap ikan. Penetapan kuasa kuda dengan alatan menunda. Teori model untuk menentukan daya yang bertindak ke atas pukat. Penyesuaian model kepada alatan besar yang lain seperti pukat jerut, pukat tarik dan lain-lain. Analisis daya ke atas badan yang terikat dan bersauh. Kerja praktikal termasuk membina dan menguji model pukat.

FIS 3801 : PERANCANGAN DAN PENILAIAN PROJEK
Jam Kredit : 4 (4 + 0)


Pengenalan kepada jenis dan bentuk projek-projek pertanian, perancangan projek, pengenalpastian, penyediaan dan penilaian projek, analisis dan rekabentuk projek serta jangkaan hasil. Kursus ini juga merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan laporan. Lawatan ke kawasan projek pertanian kerajaan dan swasta.

AQU 3301 : KESIHATAN ORGANISMA AKUATIK
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini memberi pengenalan kepada morfologi dan taksonomi parasit dan mikrob patogenik yang menyerang organisma akuatik terutama ikan, udang, ketam dan tiram. Ia juga membincangkan faktor-faktor persekitaran yang mengganggu kesihatan dan membuat peletusan penyakit. Selain itu, konsep etiologi, epidemiologi, kesan klinikal, patogenesis, diagnosa, rawatan dan kawalan akan diberi tumpuan.

FIS 4999 : PITA II
Jam Kredit : 4(0 + 4)


Kursus ini merupakan kesinambungan bagi FIS 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I dan di ambil pada semester berikutnya. Dalam kursus ini, pelajar akan meneruskan projek penyelidikan mereka dan data bagi penyelidikan tersebut akan diambil dan dianalisis. Pelajar dikehendaki untuk membentangkan perkembangan dan penemuan akhir penyelidikan serta menulis tesis bagi keseluruhan penyelidikan tersebut.

FIS 4992 : LATIHAN INDUSTRI
Jam Kredit : 6 (0 + 6)


Pelajar dikehendaki menjalani latihan atau penyelidikan dalam bidang yang spesifik di pusat-pusat latihan selama 12 minggu berturut-turut di agensi kerajaan atau beberapa syarikat yang dikenalpasti oleh penyelaras kursus. Latihan di tempat berkenaan akan dikendalikan bersama oleh penyelaras kursus dan seorang penyelia dari agensi, syarikat atau kilang tersebut. Program latihan yang dijalankan adalah hasil dari perbincangan antara penyelia dengan penyelaras kursus. Semasa dalam latihan pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan dan arahan yang disediakan oleh agensi, syarikat atau kilang terbabit. Pelajar dikehendaki membentangkan aktiviti dan menyerahkan laporan lengkap mengenai program latihan yang dijalankan.

FIS 3203 : PENGURUSAN KUALITI AIR UNTUK AKUAKULTUR
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Kursus ini akan membincangkan tentang prinsip, teori, dan amalan pengurusan kualiti air yang mapan untuk tujuan akuakultur. Penekanan akan diberi kepada kos-keberkesanan amalan rawatan air yang diamalkan untuk akuakultur. Isu-isu semasa dan kajian kes serta permasalahan tentang pengurusan kualiti air untuk akuakultur akan turut dibincangkan. Kursus ini akan menyediakan input secara keseluruhan teknologi dan pengurusan kualiti air untuk akuakultur.

FIS 3803 : KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN LAUT
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Secara keseluruhannya menjurus kepada pengendalian ikan di atas kapal dan kebersihan vesel perikanan. Pengendalian ikan di daratan. Faktor mempengaruhi penyimpanan dan jangka hayat ikan segar. Perubahan kualiti di dalam ikan segar dan sejuk beku. Aplikasi sistem HACCP dalam perikanan. Pengenalpastian dan kawalan bahaya daripada patogen, allergen, logam berat, parasit dan toksin. Panduan untuk menentukan jangka hayat produk yang diproses. Pengurusan sisa industri perikanan. Isu-isu keselamatan berhubung dengan ikan yang dimakan.

AQU3102 : EKOSISTEM AKUAKULTUR
Jam Kredit : 3 (2+1)


Kursus ini bertujuan untuk menggambarkan proses fizikal, kimia, dan biologi yang berlaku dalam ekosistem akuakultur. Pada mulanya, kursus ini memberi pengetahuan asas ekosistem, rantaian makanan, jaringan makanan dan struktur trofik dan gambaran keseluruhan pelbagai jenis ekosistem akuakultur. Kemudian, kursus ini memberi tumpuan kepada komponen-komponen ekosistem, peranan mereka dan interaksi trofik secara terperinci bagi kedua-dua komponen abiotik (organik dan bukan organik) dan biotik (pengurai, penerbit, drifting consumer dan nekton). Akhir sekali, kursus ini menerangkan ekologi komuniti dalam ekosistem akuakultur dari segi konsep masyarakat dan klasifikasi, persaingan interspecific, konsep habitat dan niche ekologi. Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat memahami konsep asas, prinsip dan komponen ekosistem akuakultur.

FIS 3501 : TEKNIK EKSPLOITASI SUMBER AKUATIK II
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Konsep pemuliharaan dalam konteks eksploitasi. Pengkelasan alatan yang digunakan dalam ekploitasi sumber akuatik. Pengenalan mengenai kaedah operasi, rekabentuk dan pembinaan alatan. Faktor mempengaruhi kecekapan alatan dan operasi. Pembangunan masa depan kawasan sumber.

FIS 3203 : PENGURUSAN KUALITI AIR UNTUK AKUAKULTUR
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Kursus ini akan membincangkan tentang prinsip, teori, dan amalan pengurusan kualiti air yang mapan untuk tujuan akuakultur. Penekanan akan diberi kepada kos-keberkesanan amalan rawatan air yang diamalkan untuk akuakultur. Isu-isu semasa dan kajian kes serta permasalahan tentang pengurusan kualiti air untuk akuakultur akan turut dibincangkan. Kursus ini akan menyediakan input secara keseluruhan teknologi dan pengurusan kualiti air untuk akuakultur.

AQU 3202 : PEMAKANAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN IKAN
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini mendedahkan pelajar kepada biologi pemakanan ikan dan kepentingan pemakanan ikan. Ia merangkumi pengkelasan, keperluan, fungsi dan kesan nutrien ke atas ikan. Ia juga memberi penekanan tentang kaedah perumusan makanan ikan mengikut kaedah perumusan segiempat, serentak dan pemprograman linear serta kaedah penyediaan dan pemprosesan makanan rumusan juga akan ditunjukkan. Kursus ini juga akan membincangkan penyimpanan, pengendalian makanan dan amalan pemakanan yang baik. Kaedah penilaian proksimat juga akan dipelajari.

FIS 3101 : IKTIOFISIOLOGI
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini memberi pengenalan kepada evolusi ikan dan sifat-sifat ikan. Ia juga menerangkan tentang aspek biologi ikan merangkumi morfologi luaran, dalaman serta pergerakan ikan. Anatomi dan fisiologi berkaitan dengan pergerakan, sistem saraf, perkumuhan dan osmoregulasi, sistem pernafasan dan peredaran, dan sistem endokrin turut dibincangkan. Sistematik kepada ikan-ikan dagangan dan ternakan utama tempatan turut dibincangkan

FIS 3803 : KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN LAUT
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Secara keseluruhannya menjurus kepada pengendalian ikan di atas kapal dan kebersihan vesel perikanan. Pengendalian ikan di daratan. Faktor mempengaruhi penyimpanan dan jangka hayat ikan segar. Perubahan kualiti di dalam ikan segar dan sejuk beku. Aplikasi sistem HACCP dalam perikanan. Pengenalpastian dan kawalan bahaya daripada patogen, allergen, logam berat, parasit dan toksin. Panduan untuk menentukan jangka hayat produk yang diproses. Pengurusan sisa industri perikanan. Isu-isu keselamatan berhubung dengan ikan yang dimakan.

AQU 3101 : TEKNIK PENGHASILAN BENIH
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini memberi pengenalan kepada teknik penghasilan benih dalam akuakultur. Ia merangkumi beberapa topik utama meliputi sejarah perkembangan teknik pembenihan ikan dan invertebrat di dunia dan Malaysia, kepentingan penghasilan benih untuk keperluan penternakan akuakultur serta kepentingan dan kaedah pengurusan induk untuk pembiakan. Ia juga membincangkan tentang peranan proses endokrinologi dalam pembenihan dan fisiologi pembiakan serta endokrinologi dan fisiologi perkembangan larva organisma diternak. Pelajar akan didedahkan kepada peralatan yang diperlukan dan kepentingan kualiti air untuk pembiakan, cara pengeraman telur yang telah dihasilkan, pengurusan anak benih, penyediaan dan pengurusan tangki dan kolam semaian serta pembungkusan dan pengangkutan benih.

AQU 3201 : KULTUR MAKANAN HIDUP
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Kursus ini akan membincangkan tentang kepentingan makanan hidup dalam industri akuakultur khususnya dalam aspek pendederan rega. Ia merangkumi pengenalan kepada biologi, taburan dan jenis-jenis makanan hidup yang sering digunakan dalam akuakultur. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kaedah dan teknologi pengkulturan makanan hidup di dalam makmal dan luar makmal serta cara penggunaannya dalam akuakultur. Ia juga akan membincangkan secara mendalam teknik pengkulturan dan pemprosesan mikroalga untuk dijadikan makanan kesihatan.

AQU 3601 : BIOTEKNOLOGI AKUAKULTUR
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini memberikan pengenalan kepada bioteknologi akuakultur secara menyeluruh merangkumi prinsip-prinsip bioteknologi, komponen dalam bioteknologi akuatik. Ia juga menerangkan dengan lebih mendalam komponen utama bioteknologi akuakultur merangkumi penggunaan hormon dalam pembiakbakaan, pemindahan gen dalam ikan, pemakanan, sistem penapisan, kawalan penyakit dan bioremediasi sisa buangan akuakultur. Kursus ini juga membincangkan tentang penghasilan produk-produk melalui bioteknologi akuakultur, keselamatan dalam bioteknologi akuakultur, kemajuan terkini dalam bioteknologi akuakultur, masa depan dan isu-isu semasa dalam bioteknologi akuakultur.

AQU 3301 : KESIHATAN ORGANISMA AKUATIK
Jam Kredit : 4 (3 + 1)


Kursus ini memberi pengenalan kepada morfologi dan taksonomi parasit dan mikrob patogenik yang menyerang organisma akuatik terutama ikan, udang, ketam dan tiram. Ia juga membincangkan faktor-faktor persekitaran yang mengganggu kesihatan dan membuat peletusan penyakit. Selain itu, konsep etiologi, epidemiologi, kesan klinikal, patogenesis, diagnosa, rawatan dan kawalan akan diberi tumpuan.

AQU 4104 : KULTUR INVERTEBRAT AKUATIK
Jam Kredit : 3 (2 + 1)


Kursus ini akan membincangkan spesies-spesies invertebrat akuatik yang mempunyai nilai komersial dan didapati dengan dominan di perairan negara kita. Ia merangkumi teknik-teknik pengkulturan yang sedia ada bagi semua peringkat tumbesaran termasuklah penetasan, penyemaian dan pembesaran. Di samping itu, kursus ini juga memberi penekanan juga diberi terhadap aspek pengurusan sistem pengkulturan dan langkah-langkah pengawalan bagi penghasilan optimum.

AQU 4998 : PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR I
Jam Kredit : 2 (0 + 2)


Kursus ini akan diambil oleh pelajar tahun akhir untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk melaksanakan satu projek penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan akuakultur. Dalam kursus ini, pelajar dikehendaki menyedia dan membentangkan kertas kerja berkenaan projek penyelidikan mereka. Kertas kerja tersebut akan dinilai dan projek tersebut akan dilaksanakan selepas pembentangan dilakukan.

FIS 3802 : EKONOMI AKUAKULTUR
Jam Kredit : 3 (3 + 0)


Penekanan kepada aspek ekonomi pengeluaran akuakultur dan pemasaran produk akuakultur. Data-data dan maklumat sekunder akan digunakan untuk menilai keberuntungan (feasibility) ekonomi dan kewangan projek akuakultur.

AQU 4999 : PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR II
Jam Kredit : 4 (0 + 4)


Kursus ini merupakan kesinambungan bagi AQU 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I dan di ambil pada semester berikutnya. Dalam kursus ini, pelajar akan meneruskan projek penyelidikan mereka dan data bagi penyelidikan tersebut akan diambil dan dianalisis. Pelajar dikehendaki untuk membentangkan perkembangan dan penemuan akhir penyelidikan serta menulis tesis bagi keseluruhan penyelidikan tersebut.

FIS 3801 : PERANCANGAN DAN PENILAIAN PROJEK
Jam Kredit : 4 (4 + 0)


Pengenalan kepada jenis dan bentuk projek-projek pertanian, perancangan projek, pengenalpastian, penyediaan dan penilaian projek, analisis dan rekabentuk projek serta jangkaan hasil. Kursus ini juga merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan laporan. Lawatan ke kawasan projek pertanian kerajaan dan swasta.

FIS 4992 : LATIHAN INDUSTRI
Jam Kredit : 6 (0 + 6)


Pelajar dikehendaki menjalani latihan atau penyelidikan dalam bidang yang spesifik di pusat-pusat latihan selama 12 minggu berturut-turut di agensi kerajaan atau beberapa syarikat yang dikenalpasti oleh penyelaras kursus. Latihan di tempat berkenaan akan dikendalikan bersama oleh penyelaras kursus dan seorang penyelia dari agensi, syarikat atau kilang tersebut. Program latihan yang dijalankan adalah hasil dari perbincangan antara penyelia dengan penyelaras kursus. Semasa dalam latihan pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan dan arahan yang disediakan oleh agensi, syarikat atau kilang terbabit. Pelajar dikehendaki membentangkan aktiviti dan menyerahkan laporan lengkap mengenai program latihan yang dijalankan.